Saturday, 7 February 2015

Cara Turunkan atau Buka gigi Mesin

Assalammualaikum....

Penulisan ifah kali ini adalah berkaitan cara turunkan atau buka gigi pada mesin. Tujuan penulisan ini adalah bagi menjawab pertanyaan daripada beberapa pembaca blog ini yang bertanya kepada ifah bagaimana cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.

Ifah minta maaf kerana tidak membalas mesej, whatsapp dan wechat yang telah dihantar kepada ifah berkenaan soalan ini. Ini kerana agak susah untuk ifah menjawab melalui mesej. Oleh itu, ifah meluangkan sedikit masa pada hari ini untuk menerangkan serba sedikit mengenai cara menurunkan atau membuka gigi pada mesin.

Di bawah ini adalah contoh mesin yang ifah gunakan. Mesin jenama Singer.



Bagi mereka yang menggunakan mesin seperti ini adalah mudah bagi menaikkan atau menurunkan gigi mesin iaitu hanya dengan memusing tombol yang terdapat di mesin. Anda boleh mejahit dan menyulam dengan mudah tanpa perlu membuka gigi mesin. Apa yang anda kena buat hanyalah membuka tapak dan memusing tombol seperti di bawah bagi proses menyulam.


Buka tapak mesin



Pusing tombol seperti yang ditunjuk anak panah di dalam gambar di atas. Pusing ke sebelah kanan bagi menurunkan gigi dan pusing semula ke sebelah kiri bagi menaikkan gigi. 

Pada korang yang memiliki mesin yang tidak mempunyai fungsi seperti ini, tidak ada cara lain bagi korang iaitu hanya dengan membuka gigi mesin. Di sini ifah tunjukkan gambar bagaimana membuka gigi mesin...



Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah


Buka skru seperti yang ditunjuk anak panah

Lepas dah buka tu simpan la elok2, janganlah dibuang terus pulak....gigi mesin berfungsi bagi menggerakkan kain. Kalau takda gigi mesin tu korang dah tak boleh nak menjahit pakaian. Gigi mesin dan tapak dibuka bagi proses menyulam sahaja.

Dalam proses menyulam, tangan dan jari jemari kita yang berfungsi bagi menggerakkkan kain yang dijahit. Kalau nak menjahit seperti biasa hanya pasang semula tapak dan gigi mesin tersebut...

Sekian, moga bermanfaat...

Tuesday, 3 February 2015

Perkhidmatan Membekal Dan Membuat Pemasangan Elektrikal Dan Mekanikal

Assalammualaikum....

Pada mereka yang mencari perkhidmatan seperti berikut bolehlah menghubungi ifah atau suami ifah. Harga boleh dirunding...

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan:
- Wiring Rumah dan Bangunan
- Air-Conditioning System (Sistem Penghawa Dingin)
- Telecommunication Works (Perkhidmatan Telefon dan Rangkaian Internet)
- Fire-Fighting System (Sistem Pencegah Kebakaran)
- Security Alarm System ( Sistem Penggera Keselamatan)
- Plumbing (Kerja Paip Air)
- CCTV

Kawasan Perkhidmatan
- Seluruh Pulau Pinang serta Kulim

Sila Hubungi
012-4182451 (Sukri)








Monday, 23 June 2014

Belajar Teknik Gubah Bunga

Assalammualaikum....

Pada mereka yang minat menggubah bunga, di dalam blog ini ifah dah masukkan tutorial penuh teknik gubahan bunga LCP.

Ifah dah search teknik gubahan bunga dalam internet kebanyakannya belum ada lagi teknik gubahan bunga yang penuh...yang ada pun gambar mula nak buat dan kemudian terus dimasukkan gambar bunga yang telah siap digubah.

Melalui blog ini, korang boleh belajar teknik gubahan bunga daripada mula nak buat hinggalah siap. Ifah terangkan satu persatu berserta gambar untuk memudahkan pemahaman korang.

Terdapat pelbagai teknik gubahan bunga, apa yang ifah masukkan ini adalah teknik gubahan bunga yang ifah belajar dulu. Ifah belajar teknik nie semasa mengikuti kursus gubahan bunga dan hantaran pada tahun 2010.
Tenaga pengajarnya adalah seorang wanita cina yang merupakan tokey kedai bunga dan barangan hantaran.
Dalam kursus ini, ifah diajar 6 teknik gubahan bunga dan 5 teknik asas gubahan hantaran serta teknik sulaman riben. Yuran kursus adalah Rm1,000.

Untunglah korang ifah ajar percuma je dekat sini...untuk belajar sila ke page 'Tutorial' di atas....

Sekian...


Friday, 13 June 2014

Gubahan Bunga

Assalammualaikum....

Maaf sebab lama ifah tak update blog.. Tahun lepas langsung ifah tak sempat nak tengok blog nie sebab sibuk dengan urusan kerja dan sibuk dengan majlis perkahwinan ifah dan abang-abang ifah..

Tahun lepas tiga kali majlis perkahwinan diadakan di rumah ifah iaitu pada bulan 3, 6 dan 11.. Pecah rekod dalam kampung kami...satu tahun sampai tiga kali kenduri... hihihi..Nak buat macam mana semuanya tidak dirancang...Jodoh abang-abang ifah datang pada waktu yang berbeza dan mereka berkenalan, bertunang dan berkahwin pada tempoh yang sangat singkat...

Ifah dah siapkan sambungan tutorial...maaf sebab ambil masa yang terlalu lama......ramai yang mesej/whatsapp ifah minta ifah sambung semula tutorial tu...baru minggu lepas ifah berkesempatan untuk siapkan...Tetapi ifah belum upload lagi.

Hari nie 13/06/2014, masa ifah tengah search image di google ifah ternampak banner blog ifah "krafsulam creative collections" telah digunakan oleh satu blog yang baru. Ifah tak marah kalau anda nak copy gambar-gambar dalam blog ini sebab itu ifah biarkan gambar2 ini boleh di copy..jika tidak dah lama ifah masukkan kod untuk menghalang anda dari copy gambar di blog nie...

Tetapi yang membuat ifah terkilan bila ada blog yang copy banner blog ifah dan mengambil nama blog ifah bulat2...Jika anda seorang yang kreatif cubalah buat banner yang lain dan nama yang lain...banyak lagi nama yang boleh anda beri pada blog anda dan tukarlah banner tu....sama sebiji aih......

Apapun ifah akan masukkan tutorial pada masa yang terdekat nie...sbb byk gambar yang ifah perlu edit semula...tujuan ifah masukkan nama blog pada setiap gambar hanya bertujuan memberi kredit pada blog ifah... sekian buat kali nie....jangan marah ye....terima kasih...

Thursday, 15 December 2011

Bedak Miyami

Miyami Two-Way Foundation





Kombinasi krim asas dan bedak yang licin bak sutera
Memberi kemasan yang berkekalan dan sempurna
SPF 15 melindungi kulit daripada bahang matahari



Wednesday, 30 November 2011

Bantal Sisik Ikan

Assalammualaikum....
Maaf rasanya dah lama ifah tak update blog nie..ifah sibuk siapkan barang untuk jualan di Pesta Pulau Pinang yang bermula 28 November yang lalu sehingga 1 Januari nanti...Pada mereka yang berminat dengan barangan yang dipamerkan di dalam blog ini bolehlah ke pesta. Ifah letakkan barangan ifah di tapak milik abang ifah...abang ifah jual kasut di sana..ifah tumpang je, nak bayar sewa tak mampu...mahal la....tapak gerai tu terletak bersebelahan dengan pentas...kalau tak salah ifah ada 2 pentas di dalam pesta tu...gerai abang ifah terletak di sebelah pentas yang besar.. korang carilah gerai yang tertulis nama Halim di kain rentang bahagian atas tapak kedai tu.

Seperti dijanjikan ifah masukkan satu lagi jenis bantal di dalam blog ini... bantal sisik ikan.. berbentuk empat segi 15" x 15". Emmm...agak susah juga buat bantal nie...tapi yang paling susah dan ambil masa paling lama adalah Bantal Bunga Lawang... InsyaAllah nanti ifah masukkan gambar...

Setakat ini dulu ye buat masa nie...jumpa nanti di Pesta Pulau Pinang.



Thursday, 13 October 2011

Penapis Air Cosway


HEXAGON filter COSWAY



Hexagon
ALKALINE HYDROGEN WATER FILTRATION SYSTEM



Air Antioksidan Beralkali untuk meningkatkan Kesihatan, Kecantikan dan Melambatkan Proses Penuaan. Ia bagaikan “air mujarab” yang ditemui di mata air terkemuka!
-          Kaya dengan hidrogen untuk melindungi badan daripada serangan radikal bebas.
-          Air beralkali untuk menggalakkan keadaan pH tubuh badan yang sihat.
-          Bermineral untuk menyokong kesihatan.
-          Berkelompok molekul yang lebih kecil untuk penyerapan sel yang lebih baik.
-          Air antioksidan yang selamat dan enak, terus daripada paip air anda.

Itu antara kelebihan produk Hexagon yang ifah copy dari katalog Cosway…  ifah taknak copy semua tak larat nak taip..hehe..tapi apa yang pasti produk nie memang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan… Bukan orang kaya je mampu beli penapis air sekarang nie, orang biasa macam ifah pun mampu beli kerana Cosway menjual produk nie pada harga yang mampu dimiliki oleh semua orang.

Ifah pun gunakan penapis air nie di rumah. Jadi ifah akan berkongsi sedikit pengalaman guna produk nie pada mereka yang baru nak membeli….

-          Bila korang dah siap pasang, jangan terkejut kalau air yang keluar tu keroh…jangan terus    minum..sebaliknya buang air yang mula tu dalam satu atau dua jag..
-          Selepas tu korang akan dapat lihat air yang keluar tu memang jernih…tp rasa dan bau air tu lain sedikit dari air paip…. kalau korang tak suka dengan rasa air tu, korang masukkanlah dalam bekas dulu..lepas sejam dua baru minum… benda baru kan memanglah macam tu.. lepas dua tiga hari oklah rasa dan bau air tu.

Ifah yakin lepas rasa air dari system penapisan nie tentu korang dah tak suka minum air yang di masak..hehe..sebab rasanya memang lain..lebih baik dan lebih sedap.. ifah cakap nie berdasarkan pengalaman ifahlah sebab sebelum nie ifah memang tak suka minum air kosong… tp air nie menyebabkan ifah lebih banyak minum air kosong berbanding air manis yang lain.

 
Memang banyak penapis air di pasaran sekarang..tp nak buat ape buang duit beli barangan yang mahal padahal kita dapat memiliki barangan yang murah dengan kualiti yang sama. Pada mereka yang mengalami masalah bekalan air yang tak bersih. ifah cadangkan korang beli produk nie.. harganya tak mahal, semua rumah perlu memilikinya. Beli penapis air bukanlah suatu pembaziran tetapi sebagai salah satu langkah kita menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Produk nie korang boleh beli dari mana2 stokis Cosway di seluruh Malaysia. Harga asal RM 1500.00 tetapi pada mereka yang menjadi ahli cosway, selalunya cosway akan buat promosi melebihi 50%. Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan promotion yang dibuat dalam katalog cosway… misalnya dalam katalog 25 AUG 11 – 24 SEP 11, harga promosi adalah 6RP + RM625…

Pada ahli cosway mereka fahamlah apa maknanya 6RP + RM625 tu..Pada yang bukan ahli mari ifah jelaskan ye…Bagi mereka yang mendaftar menjadi ahli Cosway mereka akan diberi point (Mata Penebusan Cosway) atau dipanggil RP sebanyak 30RP…RP juga akan diberi pada ahli yang membeli produk2 yang ditawarkan RP. Contoh produk yang diberi RP adalah produk kesihatan. Selain itu satu RP turut diberikan bagi setiap RM50 yang dibelanjakan dalam invois.

6RP + RM625 tu bermakna 6 point (RP) anda akan ditolak dalam akaun ahli anda..jadi korang tak perlulah bayar RM 1500.00 Cuma bayar RM625 dan 6RP akan ditolak dalam akaun korang… terdapat banyak promosi cosway yang dibuat begini… jadi untunglah sapa yang jadi ahli Cosway. Dapat beli barang pada harga yang murah hanya menggunakan RP atau kupon.

Pada mereka yang bukan ahli cosway jangan risau anda masih berpeluang membeli pada harga yang murah…Di sini ifah tawarkan harga yang murah untuk kawan2 dan mereka yang melayari blog nie…

Bukan bermakna ifah beli barang korang guna point ifah…bukan senang nak kumpul point.. tak boleh, tak boleh.. hehe…abang ifah pengedar produk nie jadi ifah ambil dari dia ajelah… semua urusan penghantaran produk nie abang ifah yang buat…. korang boleh mendapatkan produk nie dengan harga RM620.. Diskaun RM 5.00 tanpa perlu menjadi ahli.

Pada mereka yang berminat untuk membeli produk ini atau menjadi ahli cosway korang bolehlah menghubungi ifah melalui email atau sms. Korang juga boleh terus menghubungi abang ifah untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.

Penghantaran percuma sekitar kawasan Bukit Mertajam dan Kulim.      
Bayaran Pos dikenakan bagi kawasan luar Pulau Pinang.

Hubungi Halim (012 - 4426181)

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk nie boleh layari
(ada video mengenai pemasangan produk nie dalam pelbagai bahasa..korang pilih le yang Malay punya.. senang je cara nak pasang produk nie)