Tutorial Sulaman High Speed

Assalammualaikum....

Di dalam ruangan ini ifah akan memasukkan tutorial Sulaman High Speed. Ifah akan ajarkan korang beberapa teknik asas sulaman menggunakan mesin High Speed. Walaubagaimanapun, ifah tekankan di sini untuk belajar berbagai kaedah menyulam dan mengendalikan mesin sulaman adalah lebih baik korang belajar dari seorang guru yang mahir dalam bidang sulaman. Belajar menjahit sulaman akan memakan masa yang lama jika korang tiada tempat untuk membuat rujukan.

Pada mereka yang belum pernah belajar menyulam. Korang harus tahu bahawa menjahit sulaman sangat menekan kepada latihan tangan, lutut dan kaki. Setiap anggota tangan, lutut dan kaki mempunyai peranan masing-masing semasa kita menjahit sulaman.

Peranan tangan adalah untuk menggerakkan kain selari dengan pergerakan jarum dan kelajuan mesin. Contohnya, jika mesin bergerak cepat maka tangan korang juga harus bergerak cepat.

Peranan lutut pula adalah untuk mengecil dan membesarkan jarak jahitan mengikut corak dan bentuk bunga. Lutut juga berperanan mengawal kedudukan jarum. Oleh itu, lutut korang harus sentiasa digerakkan bagi mengawal jarum mengikut bentuk corak yang diperlukan.

Manakala peranan kaki adalah untuk menekan pemijak kaki bagi menentukan dan mengawal kelajuan mesin. Contohnya, bagi mempercepatkan pergerakan jarum, kaki menekan pemijak kaki dengan kuat dan meringankan tekanan kaki untuk memperlahankan pergerakan jarum. Oleh itu, peranan setiap anggota tangan, lutut dan kaki adalah seiring dan serentak mengikut keadaan.

Antara alat-alat yang diperlukan bagi menjahit sulam adalah

1) Ram
2) Kapur warna
3) Kertas karbon
4) Pensil
5) Gunting Sulam
6) Pembaris
7) Penebuk elektrik ( untuk sulaman kerawang )
8) Kain


Latihan 1 :     Garis Lurus

Sediakan sehelai kain cotton seeloknya warna putih @ cream. Lukis di atas kain tersebut seperti gambar di bawah.

Cara Melukis :
- Lukis garisan petak (10 inci x 8 inci) di atas kain.
- Masukkan 0.5 cm dari garisan petak.
- Contoh :




Cara Menjahit :
- Jahit garis lurus (garis satu) di bahagian kanan.
- Buat zig zag (buka paha perlahan-lahan sehingga dapat lebar yang diinginkan (0.5 cm). Selepas dapat lebar yang diinginkan kekalkan kedudukan paha sehingga siap satu garisan lurus.
- Jahit kesemua garisan menegak tetapi tinggalkan di bahagian tepi.
- Kemudian jahit kesemua garisan melintang tetapi tinggalkan di bahagian tepi.
- Akhir sekali baru jahit keliling garisan pada bahagian tepi.




Di bawah nie ifah masukkan contoh latihan garis lurus yang telah siap..ifah gunting supaya senang nak masukkan dalam fail.



Latihan 2 :       Bengkang - bengkok

No comments:

Post a Comment